Artikel

Bank Raih Untung Besar, Tidak Akan Dikenakan Cukai Makmur – MOF

Institusi perbankan di negara yang meraih lebihan keuntungan berikutan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebelum ini dimaklumkan, tidak akan dikenakan Cukai Makmur.

Sebaliknya bank yang perolehi lebihan keuntungan ini dituntut untuk menggandakan usaha tanggungjawan sosial korporat (CSR) mereka kepada rakyat negara mengikut pendekatan operasi.

Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan penetapan paras OPR ketika ini 2.75% secara langsung telah meredakan aliran inflasi negara, setakat ini ditakuk 3.3% dan dijangka akan lebih terkawal pada tahun 2023.

Berbeza dengan inflasi di negara Asia lain dilihat masih diparas tinggi dengan Filipina 8.7%, Singapura 6.6% dan Indonesia 4.3%.

Cukai Makmur – adalah cukai windfall yang dikenakan sekali sahaja ke atas syarikat yang menjana pendapatan melebihi RM100 juta. Di mana RM100 juta pertama akan dikenakan kadar cukai 24% dan selebihnya akan dikenakan pada kadar 33% pada tahun taksiran.