Artikel

MyCC Sambut Baik Langkah Kerajaan Tamatkan Monopoli Touch ‘n Go

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) menyambut baik langkah pentadbiran untuk meneliti isu monopoli berhubung sistem pembayaran Touch ‘n Go – bagi menambahbaik persaingan dalam pasaran tempatan.

Melalui penyediaan sistem pembayaran alternatif lain, di bawah inisiatif pengangkutan awam, di 5 lebuhraya dan pengenalan Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang membolehkan pengguna miliki pilihan pembayaran tol selain TNG. Ia adalah langkah yang positif untuk pentadbiran menghentikan isu monopoli yang berbangkit sekian lamanya.

Maka berlandaskan sokongan pada agenda ini, MyCC melalui pasukan khas di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memantau perkembangan serta tingkah-laku TNG bagi memastikan usaha kemasukan pemain baharu dilaksana dengan lancar.

Buat pengetahuan, isu monopoli ini telah menjadi perhatian MyCC pada  tinjauan mereka – sebelum ini didapati terdapat syarikat yang cuba meningkatkan kos kemasukan ke dalam pasaran melalui perjanjian eksklusif bersama syarikat hiliran. Kesannya tindakan itu langkah negara untuk menyuntik persaingan terbuka tidak dapat dipenuhi.

Susulan ini adanya inisiatif terbuka ini, ia akan meningkatkan kembali persaingan pada pasaran pembayaran dengan lebih baik. Aturan tersebut tidak sekadar memanfaatkan sektor ekonomi Malaysia, tetapi turut memperkasakan lagi kebajikan dalam kalangan pengguna negara.