Artikel

5 Lebuh Raya Akan Sedia Pelbagai Pilihan Bayaran, Selain TNG – Selewatnya September 2023 Ini

Selari dengan tindakan Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk menyediakan sistem pembayaran terbuka pada khidmat pengangkutan awam, kini langkah tersebut turut akan dilaksanakan pada perjalanan di lebuh raya negara.

Menurut Kementerian Kerja Raya, selewatnya September 2023 sekitar lima lebuhraya akan melaksanakan sistem pembayaran terbuka kepada para pengguna kenderaan.

Ini bermakna selain Touch ‘n Go (TNG) pengguna kelak dapat laksana pembayaran tol melalui kad kredit mahupun kad debit.

Lima lebuhraya yang dimaklumkan akan meliputi Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Pantai Baru, Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur, Lebuhraya Koridor Guthrie serta Jambatan Pulau Pinang.