Bertepatan dengan usaha negara Bank Negara Malaysia (BNM) meningkatkan aspek keselamatan perbankan – kini Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank menampilkan ciri Emergency Lock pada laman rasmi dan aplikasinya, untuk mudahkan pengguna sekat akaun mereka sekiranya berlaku transaksi mencurigakan.
Menerusi pengaktifan ciri tersebut, semua transaksi baharu daripada HLB Connect pengguna akan disekat kecuali arahan berjadual atau urus niaga berulang yang telah ditetapkan sebelum pengguna mengaktifkan ciri ini. Para pengguna masih boleh log masuk medium HLB Connect untuk melihat baki akaun. Malah urus niaga kad kredit atau kad debit pengguna tidak akan terjejas akan pengaktifan ciri ini.
Selain ciri itu, HLB turut melancarkan Cooling-off Period (tempoh bertenang) pada medium untuk pertingkatkan perlindungan akaun pengguna. Di mana membenarkan pelanggan miliki suatu tempoh untuk menyemak sebarang transaksi sekiranya terdapat aktiviti yang meragukan.
Maka untuk memahami secara menyeluruh para pengguna berkaitan di minta untuk layari pautan rasmi HLB atau merujuk pada wakil aplikasi HLB Connect untuk langkah seterusnya.