Artikel

Sunway, Berjaya, TM Antara 60 Syarikat Gergasi Setuju Bantu Pacu TVET

60 syarikat gergasi dan multinasional kini telah diminta kerajaan untuk turut serta menampung pemerkasaan pada arena Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia. Usaha ini merangkumi bantuan meningkatkan kemahiran dan peluang pekerjaan kepada graduan TVET.

Sokongan syarikat pelaburan ini akan memperlihatkan penawaran pengambilalihan, latihan, penyelenggaraan berlandaskan kos operasi syarikat sendiri. Tidak hanya itu, usaha memacu TVET ini turut meliputi bantuan secara terus pada projek rakyat. Sebagai contoh kumpulan syarikat Albukhary telah menzahirkan hasrat mereka untuk mengambilalih TVET di Pekan, Pahang dan Tanjung Malim untuk perluasan sokongan latihan.

Selain Albukhary, syarikat besar lain yang turut serta pada pendekatan ini adalah Sunway Berhad, Berjaya Corp, Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia, serta Telekom Malaysia.