Dalam kalangan 137 buah negara, ternyata Malaysia berjaya menempatkan kedudukan pada tangga ke-55 dalam Laporan Kebahagiaan Dunia 2023 – pada tinjauan kelestarian PBB.
Kedudukan ini telah mengambilkira pelbagai aspek merangkumi 14 faktor dalam mengukur kualiti hidup individu bagi tempoh 3 tahun bermula 2020 sehingga 2022. Antaranya meliputi kebebasan hak, persepsi rasuah, jangka hayat, sokongan sosial negara serta tahap kesejahteraan KDNK negara. Menerusi data itu, Malaysia berjaya meraih skor 6.012, mengatasi Korea (57), Thailand (60), Filipina (76) dan Indonesia (84).
Sementara negara Asia lain seperti Singapura pula telah merekod kedudukan di tangga ke-25 dengan skor 6.587, sementara itu untuk senarai menyeluruh – Finland pula kekal mengungguli carta selaku negara paling bahagia di dunia dengan tempat pertama.