Perkembangan segmen kecerdasan buatan (AI) kini semakin berkembang dan didapati pada sektor ekonomi tempatan, antaranya dalam sektor kesihatan, kewangan, pembuatan, pengangkutan dan peruncitan negara.
Setakat ini menurut Kementerian Sumber Manusia (KSM), penyertaan negara pada pelaburan berkaitan AI telah dipergiatkan melalui Program Transformasi Kerjaya Digital dan MyDigital. Langkah itu bertujuan membuka ruang mempromosikan pembangunan kepakaran tempatan Malaysia berhubung AI. Namun susulan tindakan itu, ia secara langsung memberi kesan dari aspek penglibatan tenaga kerja negara.
Kesan itu turut diakui pada tinjauan World Economic Forum (WEF) yang menjangkakan 43% perniagaan di Malaysia berpotensi mengurangkan bilangan pekerja mereka berikutan usaha penerapan automasi dan AI menjelang 2025.
Sementara bagi tempoh yang sama juga, didapati 24% perniagaan pula akan bertindak meningkatkan jumlah pekerja mereka disebabkan peluang pertumbuhan pekerjaan baharu dapat diwujudkan. Bagaimanapun, KSM melihat pengurangan tenaga kerja ini masih tertakluk pada jenis industri, pekerjaan yang terlibat dan kadar perubahan teknologi yang berlaku di Malaysia.
Setakat 2020 hingga akhir Februari 2023 lalu, didapati sejumlah 209,903 pekerja telah kehilangan pekerjaan dan ini pecahan bilangan tersebut mengikut sektor ekonomi;
- Pembuatan – 47,168 individu
- Perdagangan Borong & Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor & Motosikal – 31,434 individu
- Penginapan & Aktiviti Perkhidmatan Makanan dan Minuman – 20,460 individu
- Aktiviti Profesional, Saintifik & Teknikal – 18,731 individu
- Pembinaan — 15,686 individu