Artikel

TH : Kos Haji 2023 Buat B40, Kekal RM10,980 

Walaupun terdapat kenaikan kos pada kadar bayaran mengerjakan ibadah Haji pada tahun ini, lembaga Tabung Haji kini telah bersetuju laksana bantuan kewangan bersasar dan berkala ke atas para jemaah melalui peruntukan RM400 juta menerusi bantuan Kewangan Haji (Hafis) – tidak hanya itu termasuklah kerajaan untuk menanggung kenaikan RM1,000 pada kos setiap jemaah B40 turut melandaikan lagi bebanan tersebut.

Berlandaskan makluman, tahun ini kos haji ke atas B40 kekal RM10,980, diikuti M40 naik kepada RM15,980 dan T20 pula dengan kos penuh berjumlah RM30,850.

Selain B40 dengan perolehan dana HAFIS itu, jemaah M40 kali pertama mengerjakan haji juga turut berpeluang meraih dana tersebut dengan peruntukan 48% daripada kos penuh haji. Usaha ini secara langsung meringankan lagi peruntukan yang perlu ditanggung kedua kumpulan.