Artikel

Harga Siling Gula Kini Diteliti, Diusul Mansuh

Untuk mewujudkan persekitaran pasaran yang sihat, harga siling gula kini dicadangkan mansuh oleh sekumpulan pemain industri. Ini kerana tindakan harga yang tidak diselaraskan selama bertahun telah menjadikan produk sedemikian lebih murah berbanding pasaran luar – dan ia berpotensi membawa kepada ketirisan.

Antara yang menyuarakan usul sedemikian adalah rangkaian pasaraya Mydin, melihat had RM2.85/kg itu tidak berubah sejak sedekad yang lalu – di mana memaparkan kenaikan bersih hanya 1 sen sejak 2013. Maka wajar untuk negara benarkan pendekatan pasaran lebih bebas di samping menghapuskan permit import (AP) untuk tingkatkan keseimbangan dalam pasaran negara.

Adanya pertimbangan ini ia akan membantu harga gula menjadi lebih realistik dan memberi manfaat kepada pengilang serta pengguna. Setakat ini didapati, MSM Malaysia Holdings menguasai 60% pasaran penapisan gula tempatan, diikuti 40% kerjasama libat CSR.