Artikel

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris Antara Subjek Berdepan Kekurangan Guru – KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini telah melaksanakan perbincangan bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) untuk menangani isu kekosongan pendidik yang berlaku dalam beberapa subjek pada sistem pendidikan negara.

Untuk makluman, sehingga kini terdapat kekurangan guru didepani sistem pendidikan negara melibatkan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris (BI), Bahasa cina, Bahasa Tamil, Seni Visual, Jasmani dan Pendidikan Islam.

Lanjutan perbincangan itu, KPM akan laksanakan proses pengambilan dan tawaran kepada calon guru untuk memenuhi kekosongan tersebut. Perluasan itu mengikut laporan Bernama akan melibatkan calin bersama Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Universiti Awam.