Artikel

Kerajaan Pertimbang Teliti Isu Monopoli Touch ‘n Go 

Tidak hanya BERNAS, kini isu monopoli melibatkan sistem Touch ‘n Go berpotensi dipertimbangkan oleh pentadbiran negara.

Pertimbangan itu dikongsikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sesi pertanyaan ketika sidang Youth Empowerment Fair 2023 hari ini, di mana berhubung perancangan negara untuk meneliti kembali peranan TnG, pihaknya akan mempertimbangkan usul tersebut.

Sekadar imbasan, sistem pembayaran TnG telah mula diterapkan pada aliran tol sejak Mac 1997 lagi – ini secara langsung menjadikan ia sebagai sistem pembayaran yang telah berkhidmat di segmen tol negara sekitar 26 tahun. Tempoh ini bagaimanapun telah menimbulkan persoalan orang awam berhubung kecekapan perkhidmatannya dari semasa ke semasa.

Berbalik kepada kenyataan PM itu meskipun telah dizahirkan pertimbangan tersebut, didapati tiada perincian lanjut berhubung sebagaimana tindakan tersebut akan diambil pihak pentadbiran.