Artikel

Kerajaan Umum Tanggung Kenaikan Kos Haji RM1,000 – Bagi Setiap Jemaah B40

Bagi memastikan ibadah haji Malaysia terus dipermudah, khususnya buat golongan B40 – kerajaan melalui Perdana Menteri Anwar Ibrahim kini memaklumkan akan menanggung kenaikan kos haji sebanyak RM1,000 bagi setiap jemaah kumpulan B40 bagi tahun ini.

Untuk makluman, kumpulan B40 kini berdepan kenaikan kos haji sekitar RM1,000, bagaimanapun kos tersebut akan ditanggung di bawah Kementerian Kewangan (MOF) bagi memudahkan proses ibadah dilaksanakan kalangan penduduk pendapatan rendah. Langkah ini sekaligus melenyapkan kenaikan kos yang perlu dipikul jemaah B40.

Selain itu, M40 pula difahamkan berdepan kenaikan kos sekitar RM3,000 diikuti golongan T20 pula perlu melunaskan kos haji secara menyeluruh tanpa subsidi.

Setakat ini difahamkan kos menunaikan haji berpotensi meningkat sekitar RM30,850 bagi setiap jemaah – di mana kenaikan RM2,000 mungkin berlaku ke atas para jemaah.