PETRONAS, Petroliam Nasional Bhd kini dimaklumkan sedang merancang untuk perluaskan segmen modal terokanya sekitar $200 juta mulai seawal April kelak.
Mengikut laporan Reuters, perancangan perkembangan pada arena inovasi teknologi ini berpotensi perlihatkan alokasi dana tambahan pada Petronas Ventures. Sebelum ini peletakan modal teroka telah dilaksanakan sekitar $350 juta sejak 2019 lagi.
Bagaimanapun usaha ini masih diperingkat awal dan penyelesaiannya akan dimaklum kelak.
Secara menyeluruh, Petronas Ventures adalah segmen meneroka peluang pelaburan bersama pemain teknologi negara – merangkumi startup dalam bidang Industri 4.0 (IR4.0), bahan maju (Advanced Materials), tenaga masa hadapan (Future of Energy) dan bahan kimia pakar (Speciality Chemicals).
Malah penerokaan pelaburan ini tidak sekadar terhad pada pasaran Malaysia sahaja, turut meliputi pelaburan di Asia Pasifik. Adanya pengukuhan Petronas Ventures ini, ia secara langsung meningkatkan daya kualiti kumpulan dan pendapatan operasi pada penerokaan sumber baharu.