Artikel

KPT Teliti Bentuk Garis Panduan Berhubung Penggunaan ChatGPT

Bagi memastikan proses pembelajaran negara terus disokong penerapan digital yang tulus, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kini sedang meneliti garis panduan berhubung penggunaan ChatGPT dan teknologi AI lain dalam sektor pendidikan negara.

Platform yang dipacu kecerdasan buatan (AI) ini dilihat memiliki potensi menjadi pemudahcara pada proses pembelajaran pelajar. Bagaimanapun langkah penyediaan garis panduan harus dibentuk untuk menetapkan langkah yang dibenarkan dan tidak dibenarkan pada penggunaan medium tersebut.

KPT memaklumkan pihaknya tidak melihat ChatGPT selaku alat penyelesaian, namun menjadi sebahagian faktor untuk kementerian memahami kebolehan dan risiko medium dalam membantu proses pembelajaran di Malaysia. Setakat ini KPT masih menilai tahap penggunaan ChatGPT di insitusi pengajian tinggi tempatan dan akan merangkumkan langkah yang dibenarkan pada medium tersebut kelak.

Untuk makluman, sehingga Januari – KPT telah mengusulkan kertas putih A New Horizon for Science, Technology and Innovation – A Strategy for Malaysia, yang bertindak memacu perubahan pada aliran pembelajaran di negara. Tidak hanya itu kertas putih ini, berperanan meneliti pengurusan isu gangguan teknologi ke atas sektor pendidikan negara – suapaya tidak mengugat atau berlakunya sebarang budaya plagiarisme.