Artikel

Krisis Bank Silicon Valley – Kesannya Lebih Tinggi Ke Atas VC Asia Tenggara, Berbanding Startup

Berbeza dengan syarikat startup global, firma modal teroka (VC) Asia Tenggara dilihat berpotensi berdepan kesan yang lebih besar susulan isu kejatuhan Bank Silicon Valley  yang berlaku baru-baru ini. Ia kerana sukar untuk VC Asia Tenggara menerokai peluang perbankan AS seperti mana perkhidmatan SVB yang telah tersedia di pasaran Asia Tenggara.

Antara kelebihan yang diperincikan adalah melalui SVB, ia secara langsung membantu VC Asia Tenggara memiliki akses pasaran modal di peringkat antarabangsa. Malah kemudahan ini secara langsung turut membuka peluang VC Asia Tenggara terokai rangkaian di AS.

Namun susulan berlakunya ketirisan modal dan penurunan nilai bon hasil tekanan kadar faedah di AS minggu lalu, ia telah mengakibatkan berlakunya pengeluaran deposit secara besar-besaran dari pelbagai pihak. Situasi sedemikian secara jelas menimbulkan kebimbangan buat kumpulan VC dan kini terdapat pertimbangan untuk mengalihkan dana mereka pada 4 perbankan terbesar AS seperti JPMorgon Chase, Bank of America, Wells Fargo dan Citibank.