Artikel

Valuing IP Bantu Syarikat Malaysia Teroka Peluang Komersial, Melalui Penilaian Harta Intelek

Senada dengan agenda negara untuk tidak sekadar melindungi cap dagangan syarikat di Malaysia tetapi untuk meningkatkan daya pengkomersialan, startup Valuing IP kini secara rasminya melancarkan perisian penilaian harta intelek (IP) – yang berperanan menyesuaikan hak eksklusif sesebuah syarikat negara pada pasaran ASEAN. 

Ini bermakna melalui perisian penilaian IP, perniagaan dan syarikat dari pelbagai segmen serta industri – boleh mengenal pasti dan memanfaatkan nilai aset IP mereka untuk mencapai dan memaksimumkan matlamat operasi penubuhan mereka.

Setakat ini, di Malaysia didapati hanya 23 IP sahaja memiliki penilaian untuk peringkat pengkomersialan. Angka ini secara langsung masih rendah dan wajar dipertingkatkan. Maka melalui perisian Valuing IP, kumpulan syarikat berupaya menjana penilaian IP mereka dalam tempoh 3 hingga 7 hari sahaja, berbanding kaedah manual yang memerlukan tempoh selama 4 minggu pada tindakan penilaian.

Selain membawa penyelesaian digital kepada syarikat tempatan termasuklah kepada perusahaan kecil – Valuing IP turut dalam usaha mengumpul raih dana RM8 juta pada pusingan pendanaan mereka sehingga akhir 2023 kelak.

Tidak hanya pasaran Malaysia, Valuing IP terus meluaskan perkhidmatan mereka pada pertumbuhan di Indonesia dan Singapura sejak tahun lalu.