Artikel

Tambang Percuma Sehingga 31 Mac – Buat Pengguna MRT Putrajaya Mulai Hari Ini

Bermula hari ini, secara rasminya pada jam 3 petang operasi laluan bagi MRT Putrajaya Fasa 2 dibuka buat kemudahan orang awam. Lebih menarik pembukaan ini menawarkan tambang percuma sehingga 31 Mac buat seluruh pengguna MRT Putrajaya.

Pembukaan laluan ini secara langsung melengkapkan laluan MRT Putrajaya dari stesenĀ  Kwsasa Damansara ke Putrajaya Sentral bersama sokongan 49 unit tren. Ia tidak sekadar meningkatkan kemudahan orang awam tetapi turut memberi penjimatan masa di mana secara menyeluruh perjalanan 36 tren ini memakan masa 84 minit dan penjimatan kos turut dapat dicapai pengguna melalui pas My50 pada perkhidmatan tren.

Lebih terperinci, MRT2 turut berupaya menampung sehingga 1,200 penumpang dalam satu masa dan dimaklumkan kekerapan tren adalah selama 4 minit sehingga 6 minit (waktu biasa) diikuti 7 minit hingga 10 minit (waktu puncak).

Adanya perluasan fasiliti ini, selain meningkatkan kemudahan perjalanan di Lembah Klang – ia turut membuka peluang yang lebih besar struktur ekonomi di kawasan MRT yang terlibat secara berperingkat.