Artikel

Hampir 28,000 Unit Rumah Siap Bernilai RM18.41 Bilion – Masih Tidak Terjual 

Secara menyeluruh didapati jumlah kediaman yang telah siap dibina, yang tidak terjual ketika ini adalah hampir 28,000 unit – dengan nilai RM18.41 bilion.

Perkongsian ini menurut Kementerian Kewangan (MOF) pada Laporan Pasaran Harta 2022 telah memaparkan penurunan yang positif untuk tindakan jualan 2022 berbanding suku pertama tahun 2022 dengan angka lebih 35,000 unit yang tidak terjual.

Sebagai perbandingan jumlah ini turut memaparkan penurunan sekitar 24.7%, diikuti penurunan 19.2% dari aspek nilai berbanding tahun 2021.

Sementara jumlah kediaman mengikut negeri pula jelas menunjukkan Johor terus rekod unit kediaman tertinggi  yang masih tidak terjual dengan lebih 5,000 unit kediaman, diikuti Selangor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur pada kitaran lebih 3,000 unit rumah tidak terjual.

Manakala bagi pecahan jenis kediaman pula, didapati hampir 62% kediaman siap yang tidak terjual adalah unit pangsapuri dan kondominium. Pecahan harga pula menunjukkan hampir 50% unit rumah bernilai lebih RM500,000 tidak terjual dan 23.5% pula kediaman bernilai RM300,000 dan ke bawah.