Artikel

Pinjaman Khas Buat B40 Kini Sedang Diteliti

Menyedari pendekatan di bawah konsep Rahmah berupaya membantu golongan B40, dan kumpulan berkeperluan miliki aliran tunai yang lebih baik – kerajaan kini bercadang meluaskan usaha tersebut bersama syarikat kewangan, termasuklah perbankan untuk tawaran pinjaman khas.

Usaha melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) buat masa ini sedang diteliti bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Setakat ini perbincangan telah disemak bersama MBSB Bank dan kelak akan diperluas bersama pemain industri kewangan lain.

Selain bank, mengikut laporan BH usaha ini turut berpotensi diperluas bersama penyedia insurans dengan pertimbangan cadangan skim perlindungan khas. Bagaimanapun usaha ini akan dimaklumkan secara berperingkat kepada umum setelah mencapai kata sepakat bersama pentadbiran dan pemain industri.