Kerajaan kini memaklumkan akan menangguhkan pelaksanaan cukai 10% ke atas barangan bernilai rendah (LVG) kepada pengguna. Seharusnya untuk pengetahuan umum cukai itu akan dilaksanakan pada 1 April kelak.
Akan tetapi kerajaan bertindak untuk menangguhkan pelaksanaan tersebut. Ini bermakna pengenaan cukai ke atas barangan import Yang dibeli secara atas talian bernilai RM500 ke bawah turut akan ditangguhkan.
Makluman ini menurut Jabatan Kastam, pengenaan cukai itu tersebut akan dibawa ke suatu tarikh baharu dan akan diumumkan kelak.
Selain penangguhan cukai 10% LVG ini, Jabatan Kastam turut menangguhkan cukai perkhidmatan ke atas penghantaran barang dan duit ek said je atas produk penyediaan pra-campuran.