Tahun ini, Terengganu memaklumkan kadar zakat fitrah akan alami peningkatan. Tidak lagi menetapkan kadar tersebut pada harga RM7 tetapi tahun ini ditetapkan pada 3 kadar iaitu RM8, RM10 dan RM24.
Usaha ini selari dengan matlamat negeri untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi penduduk beragama Islam di samping mengurangkan tekanan kadar kemiskinan negeri.
Menurut makluman Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, penetapan dua kadar baharu ini tertakluk untuk penduduk negeri yang menggunakan beras selain daripada Beras Super Special Tempatan iaitu Beras Super Import (Siam), Beras Basmathi.
Malah, bagi setiap pembayaran zakat fitrah yang dilaksanakan pada Ramadan kali ini – Terengganu akan melancarkan sistem e-Amil iaitu sebahagian usaha untuk mendigitalkan proses kutipan zakat di negeri. Melalui sokongan itu secara langsung akan memudahkan para pengguna dan resit rasmi zakat akan dihantar secara digital kepada pengguna pada peranti pintar.