Bagi memastikan aliran tunai rakyat negara terus terpelihara, Perdana Menteri Anwar Ibrahim memaklumkan agihan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 2 akan dilaksanakan sebelum sambutan Aidilfitri tahun ini.
Pengagihan bantuan tunai yang dijangka pada pertengahan Ramadan ini akan dikreditkan kepada golongan B40 secara terus dalam akaun bank mereka. Oleh itu bagi penerima yang layak, dinasihatkan untuk laksana permohonan bantuan tunai sebelum 31 Mac ini – bagi memastikan pengagihan bantuan tunai ini dapat dikreditkan pada tempoh yang ditetapkan.
Mengikut perkongsian PM Anwar pada hari ini, setakat pertengahan Mac didapati terdapat 320,103 permohonan baharu telah direkodkan negara di bawah insiatif STR. Untuk makluman bagi fasa 1 sejumlah RM1.67 bilion telah diperuntukan negara untuk agihan tunai tersebut.