Artikel

CEO Pharmaniaga Umum Letak Jawatan

Setelah kumpulan diklasifikasikan PN17 atau Nota Amalan (Practice Note) 17/2005 iaitu syarikat yang memiliki masalah dalam aspek kewangan. Kini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pharmaniaga mengumumkan peletakan jawatannya, berkuat kuasa hari ini.

Pengunduran Datuk Zulkarnain Md Eusope ini sekaligus akan memperlihatkan peranan tersebut diambil alih oleh Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) kumpulan bagi tempoh sementara waktu. Ini bermakna EXCO yang akan bertanggungjawab laksana pelaporan operasi secara terus kepada Pasukan Petugas Jawatankuasa Lembaga PN17 yang telah ditubuhkan.

Untuk makluman umum, penarafan Pharmaniaga selaku PN17 ini berlaku kerana dikaitkan dengan isu kesulitan operasi pada jualan vaksin COVID-19 iaitu bekalan Sinovac, yang melibatkan peruntukan bernilai RM552.3 juta. Di mana pendapatan operasi telah merosot 27.1% kepada RM3.51 bilion – ekoran permintaan vaksin yang lebih rendah berlaku.

Setakat ini, syarikat kekal memberi jaminan urusan perniagaan berlangsung seperti biasa. Termasuklah bagi perniagaan konsesis bersama KKM dan bukan-konsesi bersama kementerian lain dan sektor swasta tidak akan terjejas.