Selepas memaparkan prestasi cemerlang pada laporan kewangan menyeluruh dengan meraih pendapatan RM375.3 bilion dan keuntungan bersih RM101.6 bilion. Disasarkan PETRONAS berpotensi menyumbang sehingga RM40 bilion kepada kerajaan persekutuan pada tahun ini.
Sasaran itu mengikut laporan Bernama meliputi sumbangan dalam bentuk dividen kepada negara dijangka antara RM35 bilion sehingga RM40 bilion.
Bagaimanapun jumlah agihan itu akan dimuktamadkan setelah kumpulan mengambil-kira berdasarkan kemampuan serta pemantauan pada obligasi hutang, pelaburan serta keperluan tadbir urus operasi. Buat pengetahuan umum, tahun 2022 PETRONAS telah melaksana pembayaran RM50 bilion dividen kepada pentadbiran negara, diikuti beberapa keperluan pembayaran melibatkan cukai dan petroleum.