Setelah dikejutkan kejatuhan Silicon Valley Bank (SVB) pada persada perbankan di Amerika Syarikat minggu lalu, terbaharu Bank HSBC kini telah menoktahkan dilema operasi tersebut dengan membeli cawangan SVB di United Kingdom pada nilai £1 atau 1 pound bersamaan RM5 sahaja.
Langkah ini telah ditemeterai dalam tempoh singkat bagi melindungi deposit para pelanggan SVB demi kesejahteraan pasaran UK.
Tambahan, Kementerian Kewangan UK pada ciapan Twitter turut memberi jaminan – langkah melindungi ini tidak akan melibatkan sebarang penggunaan wang cukai rakyat negara. Dengan usaha ini secara langsung ia tidak sekadar akan sekitar $8.1 bilion deposit para pelanggan SVB di UK bahkan turut membantu arena teknologi pasaran mereka terjamin.
This morning, the Government and the Bank of England facilitated a private sale of Silicon Valley Bank UK to HSBC
Deposits will be protected, with no taxpayer support
I said yesterday that we would look after our tech sector, and we have worked urgently to deliver that promise
— Jeremy Hunt (@Jeremy_Hunt) March 13, 2023