Artikel

Elon Musk Terbuka Beli Silicon Valley Bank, Jadikan Ia Bank Digital 

Selepas Silicon Valley Bank (SVB) diisytiharkan alami kejatuhan pada minggu lalu, peneraju Twitter Elon Musk kini memaklumkan ketersediaannya untuk membeli  kumpulan kewangan tersebut dan jadikan ia sebagai bank digital.

Keterbukaan idea itu dizahirkan melalui maklum-balas Elon bersama Min-Liang Tan CEO Razer pada ciapan Twitter.

Buat pengetahuan umum, SVB secara mendadak telah alami kesulitan kesan daripada peningkatan kadar faedah oleh Perbendaharaan AS. Krisis ini bermula setelah medium pemberi pinjaman itu laksana jualan saham mereka bernilai $2.25 bilion sebagai langkah menyokong aliran kewangan kumpulan.

Situasi itu secara langsung telah membawa pulangan 1.79% lebih rendah berbanding hasil sebelum ini 3.9%. Ini secara langsung menimbulkan kerunsingan kalangan pendeposit dan membawa kepada tindakan pengeluaran secara besaran deposit daripada SVB berlaku.

Kesannya saham SV telah jatuh lebih 60% pada minggu lalu, dan ini telah menyebabkan dagangan SV digantung pada papan pelaburan New York dan kini pengawal-selia AS iaitu Federal Deposit Isurance Corp (FDIC) bertindak mengawal aliran deposit SVB.

Susulan situasi itu, tidak hanya syarikat teknologi di bawah SVB terkesan tetapi pasaran saham lain turut didapati terkesan – antaranya pasaran saham Eropah yang alami aliran perdagangan lebih rendah pada hari penutup minggu lalu.