Tahukah anda ketika ini, nisbah pembantu perubatan negara meliputi 1:1,400 berbanding populasi penduduk di Malaysia. Ekoran jumlah penduduk akan alami pertambahan kepada 36 juta individu menjelang 2025 – ini bermakna keperluan tenaga pembantu perubatan juga perlu ditingkatkan kepada 44,804 individu pada tempoh tersebut.
Makluman ini menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang pada sidang Hari Pembantu Perubatan Peringkat Kebangsaan, memperincikan bilangan pembantu perubatan kini adalah 23,329 individu.
Melihat pada keperluan itu, dimaklumkan isu penjawatan ini dapat diselesaikan dalam tempoh tiga hingga 5 tahun dengan pemantauan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan (MOF).
Sebagai perbandingan, tahun ini jumlah penduduk Malaysia adalah seramai 32.7 juta penduduk. Dengan pecahan warganegara seramai 30.2 juta, diikuti bukan-warganegara pula 2.4 juta penduduk. Buat pengetahuan umum, ini jumlah pecahan penduduk lebih lanjut;
- Bumiputera seramai 21.1 juta penduduk (69.9%)
- Cina seramai 6.9 juta penduduk (22.8%)
- India seramai 2.0 juta penduduk (6.6%)
- Lain-lain kaum seramai 0.2 juta penduduk (0.7%)