Artikel

Harga Bahan Binaan Kini Naik Sehingga 9.6%, Di Seluruh Malaysia

Selain harga melibatkan jualan produk atau makanan di pasaran yang mengalami perubahan, kos bahan binaan di negara juga turut terkesan akan situasi ekonomi semasa apabila didapati meningkat antara 1.5% hingga 9.6% pada Februari 2023.

Tinjauan harga bahan binaan ini mengikut tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berlaku susulanĀ  perubahan keyakinan pasaran serta kenaikan kos global. Sebagai perincian indeks harga seunit besi telah naik sekitar 1.5% berbanding Januari lalu – berikutan harga bijih besi dan besi utama di global telah melonjak.

Diikuti harga simen turut meningkat 1.9% disebabkan kos pengeluaran yang tinggi dan berlakunya kenaikan harga bahan mentah seperti batu kapur, arang batu – yang seterusnya akan membawa kepada peningkatan kos penghantaran.