Artikel

KWSP Teliti Jadikan Simpanan Akaun 2 Pencarum, Sebagai Cagaran Pinjaman Bank

Setelah tindakan membenarkan penggunaan simpanan persaraan pada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikongsikan semalam (9 Mac) oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada penggulungan Belanjawan 2023.

KWSP kini dilaporkan sedang teliti pelaksanaan tersebut melibatkan simpanan pada Akaun 2 KWSP pencarum yang layak. Dimaklumkan pelbagai faktor sedang disemak, bagi memastikan pelaksanaan tersebut berjalan lancar.

Melalui tumpuan itu, dijangka dana Akaun 2 mungkin dijadikan sebagai cagaran atau jaminan bagi pinjaman kewangan bersama pihak bank. Kebenaran ini disasarkan akan tertumpu kepada pencarum yang memiliki simpanan mencukupi dan berdepan masalah kewangan yang kritikal.

Sebarang makluman lanjut, difahamkan KWSP akan memaklumkannya dalam masa terdekat.