Senada dengan matlamat negara untuk melandaikan tekanan kos perbelanjaan dalam kalangan B40, M40 ketika ini, Shopee kini tampil dengan inisiatif Jualan Rahmah buat para pengguna. Tidak hanya itu, kelak platform e-dagang ini turut akan menawarkan penjimatan sehingga 40% jualan kepada pengguna dalam bentuk diskaun dan baucar penghantaran.
Langkah itu secara langsung mengurangkan bebanan kos pengguna, dan sekaligus merancakkan persiapan pengguna bersempena Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi.
Makluman ini menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan beri penjimatan kepada pengguna melalui segmen Harga Terendah Terjamin. Ia merangkumi pelbagai jenis dan kategori termasuk produk runcit, barangan bayi dan anak kecil, peralatan sekolah, produk kesihatan, penjagaan haiwan peliharaan, dan bermacam-macam lagi.
Selain diskaun pembelian barangan keperluan, Shopee turut akan menawarkan baucar sehingga 25% kepada pengguna pada segmen pembayararan bil melalui aplikasi Shopee. Adanya usaha sedemikian ini akan meningkatkan lagi kuasa beli pengguna seterusnya merancakkan lagi perbelanjaan pada ekonomi negara. Difahamkan semua pengguna dapat memanfaatkan peluang penawaran ini sehingga akhir April kelak.