Menyedari terdapat pelbagai pihak mengusulkan permintaan untuk mengeluarkan dana persaraan di dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – kerajaan kini membenarkan tindakan tersebut dilaksanakan, namun ia hanya tertakluk sebagai cagaran kepada bank.
Ini bermakna penerapan kaedah secara kolateral itu akan menjadikan simpanan pencarum sebagai jaminan untuk pinjaman bersama perbankan. Langkah ini hanya dibenarkan untuk pencarum yang memiliki simpanan pada akaun KWSP sahaja.
Makluman ini dikongsikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan pada sidang penggulungan bajet sebentar tadi.