Artikel

OPR Masih Kekal Di Paras 2.75% – Bank Negara Malaysia 

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) masih dikekalkan pada paras 2.75%.

Paras ini untuk makluman umum dikekalkan selama 3 kali berturutan sejak November 2022 dan Januari 2023.

Penetapan OPR melalui sidang Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) ini didasari berasaskan petunjuk ekonomi semasa. Ekonomi Malaysia berkembang kukuh sebanyak 8.7% pada tahun 2022, didorong oleh perbelanjaan sektor swasta dan awam yang pulih susulan pembukaan semula ekonomi sepenuhnya. Selepas menunjukkan prestasi yang kukuh pada tahun 2022, ekonomi dijangka menjadi sederhana pada tahun 2023 berikutan ekonomi global yang lebih perlahan. Pertumbuhan akan terus didorong oleh permintaan dalam negeri. Tidak hanya pasaran tenaga kerja juga semakin positif bahkan kadar pengangguran negara di paras 3.6% – semakin menurun.

Meskipun aliran ekonomi memaparkan aliran positif, sebarang kemungkinan akan risiko ekonomi global masih lagi kekal di bawah perhatian bank pusat negara. Ini kerana sebarang ketidakseimbangan yang berlaku berpotensi membawa kesan kepada pertumbuhan negara ekoran penerapan dasar ekonomi terbuka Malaysia.

Manakala berhubung inflasi pula, negara masih berdepan tekanan inflasi yang rendah di paras 3.7% namun telah memperlihatkan peningkatan secara perlahan berbanding dengan negara Asia yang lain. Kenaikan paras inflasi ini turut memperlihatkan kos makanan di negara masih tinggi, yang sekaligus memberi kesan kepada kuasa beli pengguna semasa.

Secara menyeluruh, melalui pengekalan paras OPR 2.75% ini sekaligus akan membantu negara menyokong pertumbuhan ekonomi ke arah lebih stabil dari semasa ke semasa.