Artikel

Belanjawan 2023 Kini Lulus Peringkat Dasar – Raih Sokongan Majoriti Ahli Parlimen

Selaras dengan Perkara 43(3) yang memperlihatkan tanggungjawab Menteri bersama ahli Parlimen, Rang Undang-Undang Perbekalan (RUU) kini telah berjaya meraih sokongan majoriti bagi peringkat dasar setelah bacaan kali kedua dilaksanakan.

Buat pengetahuan umum, sokongan ini masih diperingkat dasar – ini bermakna ia akan dibawa ke perbahasan jawatankuasa yang akan memperincikan berkenaan fasal yang terkandung dalam RUU.

Sekadar perincian, seramai 167 Ahli Parlimen selesai membahaskan bajet kali ini yang telah berlangsung sejak 27 Februari. Seterusnya ia dilanjutkan pada sesi penggulungan oleh setiap kementerian selama dua hari bermula 8 Mac.

Maka pelbagai pandangan, kritikan dan perbahasan yang diperlihatkan pada peringkat jawatankuasa berdasarkan penggulungan setiap kementerian kelak.