Pelaksanaan Cukai Keuntungan Modal yang dijangka berkuat kuasa pada 2024 kelak, kini diberi dimaklumkan akan dikenakan pada kadar yang rendah ke atas saham tidak tersenarai sahaja.
Ini bermakna pelupusan saham tidak tersenarai yang diluluskan untuk tawaran awam permulaan (IPO) pula tidak akan dikenakan pada cukai keuntungan modal.
Penjelasan ini menurut Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim pada sidang Invest Malaysia akanĀ dimuktamadkan bersama pihak berkepentingan kelak. Setakat ini, pentadbiran memberi jaminan – pelaksanaan cukai tersebut tidak akan dikenakan ke atas saham tersenarai dan pelupusan saham tidak tersenarai untuk IPO yang diluluskan sahaja.
Maka individu atau syarikat yang menjual saham dalam syarikat tersenarai – dijelaskan tidak akan terlibat dalam sebarang pengenaan cukai keuntungan modal tersebut. Begitu juga untuk syarikat tidak tersenarai yang ingin laksana penyenaraian atau pemegang saham yang memiliki hasrat untuk jual kepentingan mereka melalui jualan dalam IPO yang diluluskanĀ – turut tidak akan terkesan akan pelaksanaan cukai keuntungan modal ini.
Sekiranya diimbas kembali akan makluman cukai keuntungan modal ini, ia akan dikenakan ke atas penjualan saham dalam syarikat persendirian mulai 2024.