Bagi memperkasakan simpanan persaraan pasangan di Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui i-Sayang kini membenarkan pencarum lelaki yang berstatus Suami untuk memindah 2% caruman KWSP mereka ke dalam akaun KWSP Isteri mereka.
Penawaran pindahan caruman ini boleh dilaksana secara sukarela dengan memenuhi syarat yang telah ditetapkan KWSP. Apa yang menarik, pindahan caruman 2% ini akan dilaksana secara automatik setiap bulan apabila berlakunya kemasukan caruman dari majikan ke dalam akaun suami pencarum.
Tidak hanya pindahan caruman tidak boleh dibatalkan, ia hanya boleh ditamatkan sekiranya berlaku penceraian atau kematian isteri sahaja.
Bagi pengguna yang berminat untuk laksana tindakan ini, boleh layari pautan i-Sayang KWSP untuk maklumat lanjut.