Artikel

MEF : Usul Wajibkan Majikan Ambil Pelajar Praktikal, Berpotensi Jejas Pelaburan

Ekoran terdapat laporan memaklumkan sekitar 40,000 pelajar berdepan kesukaran berkaitan isu tempat latihan industri di pasaran negara – kini usul untuk mewajibkan majikan mengambil kuota tersebut sedang diperhalusi oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) negara.

Bagaimanapun, MEF iaitu Persekutuan Majikan Malaysia melihat cadangan tersebut berpotensi menjejaskan sentimen pelaburan menjadikan kurang menarik untuk negara.

Mengikut perincian laporan FMT ini, tindakan setengah pihak ingin mewajibkan peranan itu dilihat bercanggah dengan kemampuan segelintir perniagaan. Seharusnya kriteria mengambil pelajar praktikal secara sukarela dikekalkan. Ia sekaligus tidak akan menimbulkan sebarang isu khususnya berhubung kekangan penawaran elaun ke atas kumpulan pelajar ini.

MEF melihat selain menitikberatkan peranan tersebut, seharusnya kerajaan memberi tumpuan pada sistem penempatan latihan industri dan memperkukuhkan kerjasama antara pemain industri serta pihak pengurusan universiti. Adanya usaha ini ia akan mengalakkan para majikan menyediakan penempatan latihan industri yang kondusif.

Langkah ini sekaligus dapat membantu negara, memahami keperluan tenaga kerja berdasarkan permintaan ekonomi semasa. Maka secara langsung ini akan meningkatkan lagi peluang pengambilan pelajar latihan industri di pasaran.

Tidak hanya itu, pelaksanaan bimbingan kepada majikan juga harus diperkasakan untuk membantu mereka lebih memahami akan garis panduan dalam meningkatkan kemahiran pelajar latihan industri berlamdaskan permintaan ekonomi semasa.