Artikel

Kerajaan Kaji Pelbagaikan Skim Biaya Rumah Untuk B40 – KPKT

Memahami keperitan sebahagian rakyat negara yang berdepan kekangan untuk memiliki kemampuan beli kediaman, kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) kini sedang meneliti potensi untuk pelbagaikan skim pembiayaan perumahan.

Tidak hanya untuk B40 bahkkan kumpulan bersasar terpilih.

Setakat ini mengikut laporan pada sidang negara telah menawarkan inisiatif seperti Skim Sewa-untuk-Milik (RTO) dengan 6,066 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara. Ketika ini sejumlah 4,690 keluarga telah menerima skim tersebut.

Selain penawaran itu, terdapat juga penawaran Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya) yang menampilkan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) iaitu membenarkan golongan yang tidak miliki pendapatan tetap melunaskan wang pendahuluan bagi pembiayaan perumahan mereka.