Artikel

Prestasi Sea, Syarikat Induk Shopee Melonjak 22% Setelah Raih Untung Positif

Setelah mengambil langkah drastik, mengurangkan lebih $700 juta perbelanjaan pada operasi, Sea Ltd syarikat disebalik Shopee kini mulai memaparkan lonjakan 22% pada keyakinan sahamnya pada dagangan AS, setelah meraih keuntungan sejumlah $2.1 bilion pada suku akhir untuk segmen e-dagang.

Secara menyeluruh pendapatan bersih kumpulan berjaya mencatatkan jumlah $426.8 juta, prestasi ini sekaligus memperlihatkan nilai Sea pada pasaran turut meningkat $8 bilion. Meskipun hasil operasi alami penurunan disamping anggaran kerugian sekitar $434 juta namun paras jualan telah lebihi anggaran naik 7.1% kepada $3.5 bilion.

Setakat ini berdasarkan prestasi menyeluruh penilaian pasaran Sea adalah sekitar $45 bilion, meskipun lebih rendah berbanding paras puncaknya sebelum ini – namun prestasi kumpulan kembali membrangsangkan.