Seperti yang umum ketahui, pada suku ini Malaysia telah memaklumkan hasrat untuk laksana program menggalakkan semula kepulangan rakyat negara yang bekerja di luar negara. Ini kerana berdasarkan petunjuk kadar penghijrahan rakyat negara yang berpendidikan tinggi dilihat semakin meningkat.
Ketika ini kadar penghijrahan tersebut di paras 5.5%, lebih tinggi berbanding paras purata global iaitu sekitar 3.3%.
Melalui fenomena penghijrahan itu, menurut Kementerian Sumber Manusia (KSM) pada sidang TalentCorp semalam didapati terdapat 1.86 juta rakyat Malaysia telah menetap di luar negara dan daripada jumlah itu sekitar 1.13 juta rakyat pula telah migrasi ke Singapura.
Jumlah ini sekaligus mengukuhkan lagi dapatan Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2020 yang memperincikan destinasi utama diaspora Malaysia adalah ke Singapura, Australia, UK, Bangladesh, AS dan Brunei.