Artikel

Sarawak Pertimbang Benarkan PKS Guna Alamat Rumah, Daftar Perniagaan

Susulan aliran perniagaan beroperasi secara atas talian semakin rancak, Sarawak kini dalam pertimbangan untuk membenarkan warga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menggunakan alamat kediaman bagi langkah pendaftaran perniagaan.

Usaha itu kelak akan dikaji dan diteliti bersama perincian jenis bentuk perniagaan yang dibenarkan miliki syarat pendaftaran sedemikian.

Makluman itu telah dikongsikan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak pada laporan Bernama. Usaha ini secara langsung akan meningkatkan peluang buat warga PKS negeri untuk meraih sebarang penawaran insentif kerajaan di masa akan datang.

Setakat ini, Sarawak merekodkan seramai 89,000 usahawan PKS telah berdaftar pada pasaran ekonomi negara.