Dalam usaha untuk membantu rakyat negara tangani tekanan kos semasa, bagi jangka masa panjang – kini terdapat usul untuk negara mewujudkan pasar raya mampu-milik buat rakyat Malaysia.
Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) cadangan ini berpotensi memberi penjimatan kepada semua pihak dan meningkatkan kuasa beli pengguna.
Seperti yang umum sedari, ketika ini terdapat beberapa pasar raya menyajikan pilihan kos barangan rendah seperti Lotus dan Giant. Maka tindakan yang sama seharusnya dapat dilaksanakan oleh pentadbiran negara.
Bagi peringkat awal, KPDN telah memaklumkan akan kemukakan usul ini dan laksana perbincangan untuk penyertaan pelaburan bersama biliowan negara.
Untuk makluman, usul ini bukanlah suatu idea yang baharu di peringkat global. Ketika ini Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) menjadi antara negara turut menyediakan kemudahan pasar raya berkonsep yang sama buat golongan yang memerlukan.