Kebiasaannya menjelang sambutan Hari Raya, tambang tiket penerbangan akan mengalami peningkatan mendadak susulan permintaan yang melonjak. Namun bagi memastikan kos perayaan para penumpang dilindungi – AirAsia hari ini secara rasminya mengumumkan tambang rendah tetap untuk tiket Balik Raya dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak, hanya pada RM199* (Sarawak) dan RM249* (Sabah).
Para pengguna kini boleh menempah tiket Balik Raya ini bermula sekarang sehingga 30 April 2023 untuk tempoh perjalanan 19 April hingga 21 April 2023 dan 28 sehingga 30 April 2023.
AirAsia turut memaklumkan penerbangan tambahan disediakan tempoh tersebut bagi destinasi Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri di Sarawak dan Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau di Sabah.
Menurut Kementerian Pengangkutan pada sidang media sebentar tadi, inisiatif ini secara langsung menunjukkan AirAsia kekalkan sokongan mereka bersama MOT untuk menawarkan tambang perjalanan yang baik buat para pengguna. Usaha ini secara langsung turut akan memberi penjimatan kos kepada penumpang ketika pulang di musim perayaan.
Tidak hanya penawaran tambang khas ini, AirAsia bersama BigPay turut menawarkan pengguna BigPay diskaun 5% untuk semua penerbangan AirAsia selama setahun dengan menggunakan kod promosi “BIGPAY5”. Untuk maklumat lanjut bagi promosi eksklusif ini, layari: https://bigpay.link/bigpayxAA5.
Buat pengetahuan umum, promosi tambang tetap ini adalah untuk perjalanan sehala sahaja, ia termasuk caj cukai dan yuran berkaitan.
