Artikel

Maybank, CIMB, Agrobank Beri Moratorium 6 Bulan Kepada Mangsa Banjir Johor

Berikutan hampir 40,000 mangsa di Johor terkesan akibat krisis banjir ketika ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim memaklumkan penawaran moratorium 6 bulan kini ditawarkan buat kumpulan individu berkaitan di bawah perbankan Maybank, CIMB dan Agrobank.

Makluman Perdana Menteri Anwar Ibrahim itu sekaligus agak meringankan bebanan para pengguna untuk melaraskan penjadualan atau penstrukturan semula pembayaran pembiayaan mereka.

Sementara penawaran pada perbankan lain, setakat ini difahamkan RHB Bank dan Alliance Bank turut memaklumkan ketersediaan mereka pada penawaran moratorium bersama pengguna. Manakala kumpulan perbankan lain akan dimaklumkan setelah persetujuan dicapai hasil perbincangan pentadbiran bersama kumpulan ini.