Tidak hanya perkhidmatan makanan dan minuman sahaja miliki penawaran segmen pandu-lalu, kini konsep tersebut turut diperluaskan pada perkhidmatan pusat kitar semula di seluruh negara.
Berdasarkan peringkat awal, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPT) memaklumkan melalui usaha bersama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) sejumlah 32 Pusat Kitar Semula Pandu-Lalu (DTRC) berjaya di sediakan di 7 negeri – merangkumi Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka , Johor, Perlis dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya.
Agenda ini diperhatikan selari dengan matlamat Dasar Kebersihan Negara yang ingin memastikan aktiviti pengumpulan barangan kitar semula lebih cekap di lokasi seperti perumahan, perindustrian, komersial dan institusi.
Ini termasuklah sasaran meningkatkan bilangan kemudahan pengurusan sisa kitar semula pada setiap tahun. Setakat ini, pada jumlah negeri tersebut, Kedah mencatatkan bilangan DTRC tertinggi dengan 11 kawasan pandu-lalu.
Adanya usaha ini KPKT menyasarkan industri kitar semula negara akan bertambah-baik dari semasa ke semasa dan sekaligus membantu negara meraih pertumbuhan positif dengan penerapan agenda kebersihan yang lebih baik.