Artikel

Coklat Toblerone Akan Tamatkan Logo Ikonik Gunung Matterhorn Pada Bungkusan

Sekiranya anda peminat coklat Toblerone, sudah pasti anda akan kenali imej ikonik gunung Matterhorn yang sering terpampang pada pembungkusan produk tersebut. Bagaimanapun tidak lama lagi, imej tersebut akan ditamatkan susulan syarikat induknya Mondelez bakal laksana pemindahan beberapa pengeluaran luar produk ke Slovakia, dan tidak lagi di Switzerland.

Susulan tindakan itu, langkah penamatan logo gunung Matterhorn wajar dilaksanakan menurut syarikat induk. Ia adalah bertepatan dengan perundangan yang digariskan pada Switzerland. Mana-mana produk yang ingin melampirkan simbol kebangsaan pada produk mereka perlu memiliki sekurang-kurangnya 80% bahan mentah produk adalah dari Switzerland dan untuk produk tenusu pula 100%.

Maka baru produk sedemikian dibenarkan menggunakan simbol ikonik atau makluman ‘buatan Switzerland’ pada pemaparan pembungkusan produk di pasaran.

Berikutan perubahan ini, Toblerone akan tampil dengan rekaan pembungkusan tanpa sebarang logo bersama tandatangan pengasas sahaja buat jualan pasaran.