Artikel

Gaji Penjawat Awam Akan Diteliti, Setelah Hasil Malaysia Kembali Positif

Rentetan terdapat keluhan kesatuan berhubung pelarasan gaji penjawat awam yang tidak diberi tumpuan pada Belanjawan 2023, pentadbiran negara kini memberi jaminan – aspek tersebut akan diteliti setelah hasil negara mencapai peningkatan.

Jaminan pelarasan skim gaji penjawat awam ini dimaklumkan pada sidang himpunan bulanan di bawah Jabatan Perdana Menteri hari ini oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim, merangkap Menteri Kewangan (MOF).

Maka perincian tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat. Setakat ini mengikut usul yang diketengahkan CUEPACS, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam menzahirkan harapan mereka agar pentadbiran meningkatkan paras gaji awam kepada RM1,800 kelak.

Berdasarkan usul sedemikian, sekiranya jumlah gaji minimum penjawat awam RM1,800 dicapai dan ia dicampur dengan kelebihan elaun – ia akan membawa kepada paras gaji hampir RM2,450 buat penjawat awam kelak.