Airbnb, platform penawaran rumah persinggahan atau inap desa kini telah bertindak memberhentikan sebilangan pekerja melibatkan petugas pada bahagian sumber manusia global.
Tindakan platform tempahan penginapan itu bagaimanapun diperincikan hanya menjejaskan kumpulan kecil petugas sahaja iaitu sekitar 0.4% daripada jumlah 6,800 petugas. Langkah pengurangan kecil ini bukanlah suatu tindakan yang baharu – sebelum ini pada 2020, hampir 1,900 petugas telah diberhentikan susulan kedudukan ekonomi ditahap yang kritikal pada ketika itu.
Meskipun telah laksana pengurangan pekerja, dijangka pertambahan pekerja pada segmen lain akan dilaksanakan mengikut laporan Reuters. Iaitu pertumbuhan pertambahan pekerja ini bermungkinan berlaku sehingga 4% pada tahun ini.