Artikel

Laluan MRT2 Putrajaya Fasa 2 – Bakal Beroperasi Mulai 16 Mac Ini

Setelah melaksanakan operasi laluan MRT2 Putrajaya Fasa 1 pada 16 Jun 2022, MRT Corporation kini mengesahkan mulai 16 Mac ini pada jam 3 petang, operasi laluan MRT2 Putrajaya Fasa 2 pula dibuka, buat kemudahan orang awam.

Makluman ini dikongsikan Kementerian Pengangkutan (MOT) selepas berpuas hati akan tempoh pengujian perkhidmatan yang dilaksana bersama MRT Corp dan Prasarana.

Bagi fasa pertama sekitar 12 stesen melibatkan Kwasa Damansara, Kampung Selamat, Sungai Buloh, Damansara Damai, Sri Damansara Barat, Sri Damansara Sentral, Sri Damansara Timur, Metro Prima, Kepong Baru, Jinjang, Sri Delima dan Kampung Batu – telah beroperasi.

Melalui usaha penyambung laluan pada fasa kedua ini, ia akan meningkatkan kemudahan para pengguna dari Kampung Batu ke Putrajaya Sentral. Ini bermakna para penumpang dapat memanfaatkan pas MY50 pada penggunaan MRT2 Putrajaya ini tanpa perlu mengubah perkhidmatan pengangkutan.