Artikel

eFishery, Startup Indonesia Menuju Status Unikorn – Sasar Raih $150 Juta Pusingan Pelaburan Libatkan Khazanah

eFishery, startup Indonesia kini ke arah meletakkan operasi mereka pada barisan status Unicorn dengan merealisasikan proses akhir perolehan pusingan pelaburan bernilai $150 juta yang diketuai Khazanah Nasional, iaitu dana kekayaan berdaulat Malaysia.

Berdasarkan makluman, secara menyeluruh eFishery telahpun meraih pelaburan bernilai $115 juta meliputi $90 juta pada pusingan pembiayaan pada Siri C tahun lalu. Menerusi usaha itu secara langsung ini akan mengukuhkan sasaran status Unicorns eFishey kelak.

Setakat ini, kesemua pihak terlibat tidak memberi maklum-balas akan perolehan pusingan pelaburan sedemikian dan memaklumkan akan mengumumkan maklumat tersebut dalam tempoh terdekat.

Buat pengetahuan umum, startup eFishery berperanan membantu petani Indonesia dalam mengendalikan pengurusan kolam ikan dengan lebih cekap, bersama sokongan teknologi akuakultur. Ketika ini difahamkan, eFishery bakal meneroka pasaran India, pada kemudahan mereka dalam sektor pertanian antarabangsa. Melalui pusingan pelaburan itu dijangka akan menjadikan eFishery sebagai satu lagi syarikat berstatus Unicorn di rantau Asia Tenggara.