Artikel

Malaysia Duduki Tempat Ke-42, Senarai Pasport Nomad Dunia 2023

Setelah menduduki tangga ke-14 pada senarai pasport berkuasa di dunia bagi 2023 di bawah Henley Passport Index 2023, kini pasport negara berada di tempat ke-42 untuk senarai pasport nomad 2023 di bawah tinjauan Nomad Passport Index 2023.

Kedudukan melalui pengamatan Nomad Capitalist ini, iaitu firma rundingan cukai dan imigresen global memperlihatkan Malaysia meraih skor keseluruhan sekitar 99.50 mata. Ini meliputi skor perlancongan (167), percukaian (40), persepsi (40) dan kebebasan (30).

Secara terperinci, Malaysia membenarkan perjalanan tanpa visa ke atas 167 negara dan ketiadaan percukaian pendapatan ke atas warga asing pemaustatin dilihat telah meningkatkan kedudukan negara berbanding AS. Sementara bahagian kebebasan pula, negara diperlihat memiliki tahap kebebasan pada paras pertengahan sahaja.

Selain Malaysia, Singapura pula dikedudukan ke-30, diikuti Thailand (102), Indonesia (114), Filipina (124) dan Vietnam (164).